Friday, May 20, 2011

Pertubuhan Amal Khadijah Malaysia (PERAMAH)

        PERAMAH~ bkn sekadar bantu wang ringgit, tapi menumpukan aspek PENGHAYATAN ROHANI.

Kepada mana2 individu yg berminat untuk menjadi SUKARELAWAN @ menghulurkan  sebarang BANTUAN, bolehlah Hubungi :~ PERAMAH ditalian 019-559 7066 atau 019-676 6454.





KUALA LUMPUR : PERAMAH atau Pertubuhan Amal Khadijah Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang baru sahaja ditubuhkan membuka lembaran baru dalam kegiatan amal dengan menawarkan bentuk kebajikan mengikut versinya yang tersendiri.

Pengerusinya, Dr Najihatussalehah Ahmad berkata ia merupakan inisiatif yang dibuat pihaknya setelah melihat praktikal kerja-kerja amal hanya bertumpu kepada aspek material dan fizikal semata-mata.

"Kita menumpukan aspek penghayatan rohani serta bimbingan kepada fokus sasaran untuk membantu mereka meneruskan kehidupan bukan hanya tertakluk kepada wang ringgit," ujarnya kepada Harakah selesai Hi-Tea Pelancaran PERAMAH di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa baru-baru ini.

Pada peringkat awal ujarnya, PERAMAH yang mensasarkan golongan warga emas daripada kalangan wanita akan menubuhkan dua buah rumah perlindungan di Kajang dan Perak.

"Kita akan bergerak kepada seluruh masyarakat bagi membawa mereka menghayati dan mengenali diri mereka sendiri seterusnya memberikan sokongan moral dan membimbing dari aspek kerohanian.

"Buat masa ini kami lebih menumpukan kepada wanita di kalangan warga emas, dan selepas ini kami akan beralih sasaran lain pula," katanya lagi.

Ditanya mengenai sumber kewangan untuk meneruskan kegiatan tersebut, Najihah berkata Peramah turut menjalankan aktiviti perniagaan bagi menampung segala bentuk keperluan khususnya dalam membiayai perjalanan rumah amal yang sedang dalam proses pembinaan itu.

"Ia merupakan inisiatif yang kami ambil untuk mengelakkan kebergantungan PERAMAH kepada pihak lain dalam menjalankan sebarang aktiviti," ujarnya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita , keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan, Wan Ubaidah Wan Omar pula memaklumkan bahawa banyak NGO di Kelantan ditubuhkan bagi memudahkan aktiviti yang dijalankan.

"Alhamdulillah kita ada NGO di setiap DUN yang bertujuan memudahkan lagi segala usaha membantu rakyat kerana kerja-kerja amal ini suatu tuntutan," ujarnya ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Katanya, walaupun umum mengetahui aktiviti seumpama ini dipelopori golongan non-muslim tetapi ia bukan suatu penghalang untuk usaha seperti ini diteruskan.

Majlis yang dihadiri lebih 300 orang tersebut turut diserikan dengan persembahan artis, Heliza Helmi yang menyampaikan dua buah lagu disamping deklamasi sajak oleh Nailatun Syakirah.

Hadir sama pada petang itu, Penasihat PERAMAH, Ustazah Nuridah Mohd salleh, serta beberapa wakil NGO lain seperti Helwanis, Perkim, Nisa' Malaysia, pertubuhan ibu tunggal dan anak-anak yatim dari rumah amal yang berhampiran.

Satu tabung bagi membantu mangsa kebakaran di Lembah Pantai turut dilancarkan pada majlis yang sama di bawah skim Tabung Pemurah. 

p/s: mari sama2 kita menyumbang... jom jadi sukarelawan... =)


1 comment:

  1. SALAM .. SAYA BEKERJA DI MAAHAD TAHFIZ AKADEMI IQRA AL QURAN DI AMPANG .. NI ALAMAT .. NO 7 JALAN AVENUE 1 AVENUE AMPANG 68000 SELANGOR.. TAPI KAMI AKAN BERPINDAH DI BKIT TERATAI DEKAT PANDAN MEWAH .. TP ALAMAT SAYA TAK TAHU LAGI .. SEKOLAH KAMI SANGAT MEMERLUKAN KEWANGAN UNTUK MEMBAYAR SEWA BANGUNAN,BIL ELEKTRIK DAN GAJI GURU .. PELAJAR KAMI TERMASUK ANAK YATIM,FAKIR MISKIN DAN ASNAF FISABILLILLAH .. KEBANYAKKAN IBU BAPA PELAJAR TIDAK MAMPU UNTUK MEMBAYAR YURAN PELAJAR .. SAYA HARAP GROUP INI DAPAT MEMBANTU SEKOLAH KAMI UNTUK MEMBERI PELUANG UNTUK PELAJAR - PELAJAR INI BELAJAR .. DAN SAYA BERHARAP GROUP INI DAPAT MEMBANTU SEKOLAH KAMI UNTUK MENCARI SPOUNSER KEPADA SEKOLAH KAMI .. DARI SAYA MOHD AMIN ZULKIFLI .. boleh hubungi saya di talian 0179795931

    ReplyDelete