Isu Semasa


APCO: Apakah Najib naif atau 
terperangkap dengan konspirasi 
Zionis?
Lanai Lestari   
Saya pernah terbaca didalam sebuah buku tentang Almarhum
 Presiden Sukarno.Diceritakan Sukarno ini sememangnya
terkenal sebagai seorang ‘womaniser’.Ketika melawat USSR,
pihak KGB diberitakan telah memerangkap Sukarno dengan
mengambil gambar beliau didalam keadaan yang begitu
‘intimate’ dengan seorang
 wanita Russia.

Pihak KGB mahu menggunakan gambar (atau mungkin
 juga filem) tersebut untuk menundukkan Sukarno;untuk
menjadikan Sukarno sebagai alat kepada
Russia dengan jalan membuat ugutan akan
menyebarkan foto-foto itu ke khalayak di Indonesia.
Didalam buku tersebut dinyatakan dengan tenang Sukarno
menjawab bahawa beliau tidak peduli jika  rakyatnya tahu
malah beliau percaya rakyat bangga mempunyai presiden
yang ‘ganteng’ dan gagah perkasa.

Demikianlah catatan tentang Sukarno.Alhasilnya KGB
gagal mempergunakan Sukarno untuk
dijadikan alat mereka.Itu Sukarno yang punya
tampang yang tidak mudah ditundukkan.

Kita menjerit-melaungkan betapa kita senantiasa
bersama menyokong rakyat Palestin berjuang
menentang imperialisme Israel.Namun ternyata
kata-kata hanyalah klise semata-mata sedangkan
hakikatnya pemimpin negara rela dipergunakan
 oleh agen Zionis.

Sekiranya kita pengamat yang tulus maka
tentunya akan dapat dilihat beberapa contoh teladan
bagaimana pemimpin sesebuah negara itu
dipergunakan menjadi alat kepada negara asing
 atau didalam lain perkataan menjadi ’stooges’ dek
disebabkan ada jerangkung didalam almari (skeleton in
the closet) yang berkaitan dengan keperibadian
pemimpin negara berkenaan misalnya.

Bahkan bukan menjadi rahsia tersembunyi ada pemimpin
negara tertentu diperalatkan hanya kerana
 masalah moral mereka-hubungan seks terlarang
misalnya-dijadikan alat perasugut agar individu
 tersebut akur kepada kehendak kuasa asing berkenaan.
Atau ada juga yang dimotivasikan oleh wang
dan kemewahan maka individu tersebut
sanggup menjual negara dan ’sold his/her souls’
kepada negara asing.

Malah kaedah ini menjadi sebahagian daripada modus
 operandi agensi perisikkan untuk mengrekrut
agen atau talibarut mereka yang kemudiannya diletakkan
 (planted) didalam posisi Kerajaan bagi
mengumpulkan maklumat.Kita boleh sahaja
membaca novel-novel perisikkan khususnya yang
mengambil latar masa sewaktu Perang Dingin
(jika begitu malas untuk membaca buku-buku
separa-ilmiah) tentang peranan dan kaedah yang
 digunakan oleh agensi perisikan asing khususnya
yang memang sudah tersohor seperti CIA,KGB
 (sekarang NKVD),MI5/MI6.MOSSAD mahupun Cawangan
Khas di negara kita sendiri.

Harus difahami bahawa agensi perisikkan ini untuk
 membuat ‘penetration’ keatas sesebuah negara
tentunya tidak akan datang secara ‘bona fide’,
maksudnya mereka akan datang ke sesebuah
 negara secara berselindung (camouflage) seperti
NGO atau Perniagaan atau Konsultan hatta sebagai
pelancong dan sebagainya.

Ertinya mereka ini tidak akan datang berjumpa
dengan kita memperkenalkan diri “I am from MOSSAD
and we want to recruit you,” sebaliknya
 pendekatan yang digunakan cukup berhemah serta halus.

Berbalik kepada isu APCO,saya begitu musykil
bagaimana Dato Seri Najib Razak,boleh melantik
syarikat ini sebagai konsultan bagi pihak
kerajaan (saya lebih senang menyebut APCO diupah
menjadi konsultan kepada Najib menggunakan
 wang rakyat) tanpa dilihat atau disaring latarbelakang
siapa-siapa (who’s who) di belakang syarikat berkenaan.

Malah apakah keperluan Kerajaan mengupah
 konsultan sebegini yang antara lain,terma rujukannya
untuk membantu “membina imej” negara dan
mengendalikan “strategi komunikasi”.Apakah
 perlantikkan APCO memperlihatkan kegagalan
Wisma Putra berperanan di peringkat antarabangsa
vis-a-vis dunia diplomasi.Jika demikian,maka langkah
 yang paling baik diatas kegagalan tersebut ialah
samada Menteri Luar dipecat atau meletakkan jawatan
secara sukarela dan seluruh Wisma Putra perlu ‘revamp’.

Namun begitu persoalan pokok ialah kenapa tidak ada
 sebarang saringan keselamatan atau mekanisme
 yang dapat menentukan latarbelakang APCO ini?
Bagaimana pula dengan peranan penasihat
keselamatan PM?Apakah mungkin Najib Razak
 ‘brush aside’ nasihat dan pandangan mereka itu.

Saya fikir Najib tidak naif.Di era ini maklumat dihujung
jari,dengan hanya menaipkan perkataan APCO
di enjin carian,akan dapat diperolehi maklumat
 latarbelakang APCO,itu pun jika Najib tidak mahu
 menggunakan para pegawainya untuk membuat
 semakan.Didalam lain perkataan anak sekolah
Darjah Enam pun boleh menggunakan internet
 untuk mencari maklumat berkenaan.

Dan tentunya jika Najib seorang yang sensitif
beliau tidak akan memilih melantik APCO yang
kaitannya begitu jelas bertaut dengan Israel
(dan agensi Keselamatan/Perisikkan Israel)
sebagai konsultan.Ianya bukan sahaja boleh
dinilai bersifat khianat kepada perjuangan rakyat
 Palestin malah kepada saya (dan saya percaya
jutaan rakyat Malaysia) turut khianat kepada keselamatan negara
yang di kompromikan.

Atau mungkinkah Najib memilih untuk mengupah
APCO yang saya percaya beliau sejak dari awal
punya pengetahuan penuh latarbelakang syarikat
 ini punya kaitan rapat dengan Israel diatas
sebab-sebab tertentu yang dirahsiakan.Saya tidak
 fikir Najib naif atau berminda leceh,namun
keputusan beliau menggunakan khidmat APCO
ini yang sekali gus berkompromi dengan
keselamatan negara tentunya mengundang
persoalan.

Memahami Najib yang tidak punya tampang seperti
 Bung Karno dan sikap Najib yang membisu
seribu bahasa berkaitan isu ini,saya bimbang jika ada
 yang menyorot isu ini sebagai konspirasi
agen asing atau MOSSAD terhadap Najib.Saya punya
keyakinan kebimbangan ini turut di kongsi
oleh ramai rakyat Malaysia.

Dan tentunya jalan terbaik buat Najib bukan sekadar
 memberikan penjelasan menyeluruh
(full and frank disclosure) malah perlu mengambil
inisiatif untuk membenarkan Suruhjaya DiRaja
ditubuhkan bagi menjalankan siasatan;disamping
 itu juga langkah yang paling mulia ialah dengan
menamatkan perkhidmatan APCO.Najib perlu
mengambil tanggungjawab ini dengan segera.

Jika tidak Najib akan selamanya dikecam dan
dikenang sebagai Perdana Menteri yang membenarkan
agen asing bertapak di Negara kita dan berkompromi
 dengan keselamatan negara.Najib akan dikenang
 sebagai Perdana Menteri yang menjemput zionis
masuk ke negara kita.Pilihan tentunya di tangan
Najib bagi menentukan kepentingan politik peribadi
 beliau atau kepentingan negara keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment