Thursday, April 15, 2010

Peningkatan Kelahiran Anak Tak Sah Taraf

Gejala anak tak sah taraf merupakan satu fenomena biasa mutakhir ini. Masyarakat, semacam telah lali dengan isu ini. Gejala ini juga berkaitrapat dengan fenomena pembuangan bayi. Buktinya, kalau suatu ketika dahulu, pembuangan bayi merupakan suatu yang asing, tetapi kini kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi dan memenuhi ruangan akhbar. Di tepi longkang, dalam tong sampah, tandas awam dan diperkarangan masjid antara lokasi yang sering menjadi tumpuan untuk pembuangan bayi. Secara jelas, keadaan ini menunujukkan manusia hari ini telah hilang pertimbangan dan lebih bersifat kebinatangan. Rata-ratanya, anak yang dibuang ini adalah kerana anak ini tidak mempunyai bapa yang sah atau secara ringkasnya dinamakan anak tak sah taraf

Definisi

Anak tak sah taraf boleh dalam istilah bahasa Arab disebut walad al-zina yang bermaksud anak zina atau anak luar nikah. Berdasarkan perbincangan para fuqaha tentang nasab seseorang anak, secara umumnya dapatlah dirumuskan bahawa anak zina adalah merujuk kepada anak yang dilahirkan hasil perzinaan dan bukan dari perkahwinan yang sah atau pun persetubuhan syubhah.

Menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan, istilah anak tak sah taraf adalah satu istilah yang digunakan bagi anak yang tidak mempunyai nasab atau hubungan darah yang sah dan sama, peruntukan undang-undang menyatakan: tak sah tarafâ berhubungan dengan seseorang anak ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhahâ.

Menurut Fatwa Garis Panduan Anak tak sah taraf Menurut Hukum Syaraâ di Negeri Selangor yang telah diwartakan pada 28 April 2005, singhah berkaitan anak tak sah taraf menurut hukum syaraâ, adalah:

1. Anak yang dilahirkan tanpa nikah sama ada hasil daripada zina, rogol atau melalui cara saintifik yang bertentangan dengan hukum syaraâ.

2. Anak yang dilahirkan kurang daripada enam bulan dua lahzah qamariah dari waktu ˜imkad ad-dukhulâ dan bukan hasil daripada persetubuhan syubhah.

3. Anak yang dilahirkan lebih daripada enam bulan dua lahzah qamariah dari waktu ˜imkad ad-dukhulâ selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syaraâ bahawa anak tersebut ialah anak tanpa nikah melalui iqrar(pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat hukum syaraâ.

Anak Tak Sah Taraf Meningkat ?

Merujuk kepada akhbar Kosmo, 30.10.2008, menyatakan sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai 2008. Hal ini di sahkan oleh Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albari ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat 29 November 2008 yang lalu. Jumlah ini bukanlah satu jumlah yang sedikit. Ini belum termasuk anak-anak yang dilahirkan , tetapi tidak didaftar kepada Jabatan Pendaftaran Negara. Begitu juga dengan kedudukan anak yang dibuang, mati reput di celah-celah longkang dan anak yang digugurkan. Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sejumlah 50 kes buang bayi dicatatkan sepanjang Januari hingga September 2008 dengan pasangan Melayu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 36. Manakala 304 kes buang bayi dilaporkan antara 2004 hingga 2007 membabitkan 117 bayi lelaki, 96 bayi perempuan manakala bakinya tidak diketahui jantina kerana mayat reput.

Daripada angka di atas, sedikit pengiraan boleh dibuat agar kita dapat teliti dan perincikan bersama. Jika kita meneliti dari data yang diberikan sejak tahun 2000 sehingga Julai 2008 ini bermakna memakan masa selama 103 bulan, dan bilangan harinya adalah 3090 hari (103 X 30). Secara purata di mana ada hampir 2,500 (iaitu 257,411 ÷ 103) kes anak luar nikah setiap bulan didaftarkan secara rasmi, dan ini bermakna setiap hari secara purata Jabatan Pendaftaran menerima 83.3 kes (257411 kes ÷ 3090 hari) pendaftaran anak luar nikah. Ini juga bermakna secara statistiknya satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam masa 17 minit 17 saat.

Bayangkan, lambakan anak-anak yang tidak berdosa ini dilahirkan. Mari kita lihat pula kadar pembuangan bayi di Negara kita. Pembuangan bayi juga semakin parah di mana sebanyak 228 kes buang bayi direkodkan di seluruh negara sepanjang 2004 hingga tahun 2006. Kes paling banyak dilaporkan di Selangor dengan 69 kes, 59 kes berlaku di Johor, seterusnya 29 kes bagi Sabah dan 25 kes berlaku di Sarawak. Ini bermakna, secara puratanya setiap bulan sebanyak 6.33 (228/36) kes buang bayi berlaku. Jadi, jika dinisbahkan dengan hari, maka pada setiap 5 hari 1 jam ada seorang bayi yang dibuang. Allahu akbar, beginilah reality masyarakat kita hari ini.

Ini merupakan kesan dan impak daripada peningkatan kebejatan atau kerosakan akhlak dikalangan masyarakat kita hari ini. Apabila manusia hidup tanpa pegangan agama yang kuat, kehidupan menjadi purak peranda. Halal dan haram menjadi mainan. Perintah dan hukum Allah tidak diambil berat. Sebaliknya hanya dipandang enting. Metarial dan keseronokan hawa nafsu menjadi pegangan. Matlamat hidup hanya cintakan dunia dan benci pada akhirat.

 “Daripada Tsauban radhiAllahu `anhu berkata: Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam bersabda: “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi sollallahu `alaihi wasallam menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’ “. Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”. (Riwayat Abu Daud)

Bersambung… dalam perbincangan seterusnya.

Rujukan :

1. Kertas Kerja Anak Tak Sah Taraf : Mengikut Hukum Syaraâ. Datoâ Setia Hj. Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid , Datoâ Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor

2. Akhbar Kosmo : 30.10.2008

3.Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat

4.Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan 1987-200

PAS beri amaran-Tony Blair Tidak Boleh Ke Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memberikan amaran kepada Kerajaan BN agar tidak membenarkan penjenayah perang-Tony Blair menjejakkan kaki ke Malaysia jika tidak mahu berhadapan dengan bantahan terbuka rakyat.

Tony Blair yang juga mantan Perdana Menteri Britain adalah orang yang bertanggungjawab bersama Presiden Amerika, George W. Bush membawa bencana perang ke atas bumi umat Islam di Aghanistan (2001) dan Iraq (2003).

Sehingga ke hari ini beliau gagal membuktikan tuduhan beliau dan rakan sekutunya itu bahawa bangunan World Trade Centre diserang oleh pengganas Islam dan tuduhan bahawa Iraq mempunyai Senjata Nuklear-Pemusnah Besar-besaran (WMD) juga masih belum dapat dibuktikan. Walaupun masih tiada bukti, tetapi dengan sewenang-wenangnya mereka mencetuskan perang hingga meragut jutaan nyawa dikedua-dua negara itu. Hingga ke hari ini negara Afghanistan dan Iraq tidak pernah tenang, dan rakyatnya jadi pelarian dinegara sendiri.

Selain itu Blair juga mempunyai hubungan rapat dengan Pengarah Urusan APCO Worldwide, Darren Murphy yang pernah menjadi penasihatnya. Blair yang disokong kuat oleh APCO merupakan ahli aktif dalam pertubuhan pelobi Pro-Israel, iaitu Labour Friends of Israel dan menyokong kuat kerja-kerja zionis Israel yang menindas umat Islam Palestine atas dasar perluasan wilayah.

Tangan Blair masih berlumuran darah dan air mata rakyat tertindas masih belum kering. Inilah dosa Blair yang tidak boleh dimaafkan. Malaysia sebagai negara yang cintakan kedamaian dan menolak peperangan wajib menghalang Blair dari memasuki negara ini pada 24 April ini bagi memberikan ceramah dalam kongres perniagaan di Kuala Lumpur anjuran Success Resources Company.

PAS menuntut agar jemputan itu dibatalkan dan kita tidak memerlukan khidmat nasihat dari seorang pembohong dan pembunuh yang kini turut di tolak oleh Partinya sendiri (Parti Buruh) dan rakyat Brittain.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

BUANG BAYI : APA YANG PAS TELAH USAHAKAN



Nampaknya semuia media arus perdana memfokuskan isu pembuangan bayi di negara ini. Seperti biasa pemimpin negara mengecam perbuatan tersebut dengan ucapan yang menggambarkan kekesalan terhadap gejala tersebut, ada yang sebak menangis mengenangkan peristiwa tersebut. Saya mendapat respon banyak dalam Facebook saya, apa pula yang PAS buat untuk mengatasi masalah ini. Apakah PAS hanya pandai menyalahkan pihak kerajaan sahaja dalam isu ini. Inilah nasib malang PAS kerana apa yang PAS buat tidak diketahui oleh masyarakat. Media perdana tidak menyebelahi PAS, sehingga masyarakat tidak mengetahui apa yang PAS buat. Mereka menganggap bahawa PAS hanya sebuah parti politik untuk mendapat kuasa sahaja. Seolah-olah PAS tidak memperdulikan persoalan, moral dan akhlak remaja.

Saya ingin tegaskan sebagai sebuah parti Islam dasarnya ialah Islam dalam perkara 3 “Dasar Pas ialah Islam”. Maka jelaslah bahawa Islam yang hendak ditegakkan berbeza dengan apa yang hendak dipejuangkan oleh Umno/BN di negara ini. PAS bukan sahaja sebagai parti politik tetapi ia adalah Gerakan pelitik dan gerakan Dakwah. Walaupun aktiviti Pas nampak lebih menonjol dalam politik, sebenarnya PAS juga sebagai gerakan dakwah. Justeru itu walaupun tarikh pilihanraya masih jauh, sebagai gerakan dakwah terus berjalan sebaik sahaja pintu pagar tempat mengundi ditutup. Dalam erti kata yang lain PAS akan bergerak sebagai sebuah parti Islam bagi menyebarkan risalah Allah di muka bumi ini.

PAS menggunakan pendekatan dalam membendung gejala buang bayi ini dengan kaedah mencegah dan menguatkuasakan undang-undang. Ada tohmahan PAS hanya hendak pakai undang-undang tanpa mendidik. Maka di bawah ini adalah jawapannya.

Antara program yang dilakukan untuk membendung gejala yang tidak bermoral supaya tidak berlaku pembuangan bayi ialah;

-Kuliah-kuliah yang mengisi kefahaman Islam dan penghayatan melalui ustaz dan tenaga pengajar PAS di masjid dan di surau. Pendidikan supaya mereka berakhlak dengan akhlak Islam. Kerana penghayatan agama adalah benteng yang paling kukuh dalam memerangi gejala ini.

-Pemuda Pas melalui program “Duta Penyelamat” yang turun berjumpa secara langsung dengan golongan muda mudi. Berjumpa dengan mereka yang duduk berduan yang boleh menjurus kepada perzinaan dengan penuh kasih sayang, menasihati mereka supaya mereka tidak melakukan perbuatan yang menghampiri zina.

-Pemuda dan Nisa’ turun ke padang bertemu dengan remaja yang datang ke tempat bandar besar pada hari keramaian seperti awal tahun baru dan sambutan kemerdekaan. Remaja dibekalkan dengan risalah kesedaran untuk mereka menjadi manusia yang jauh daripada perbuatan zina. Kerana malam itu ialah malam pesta anak muda yang menggerunkan kita sebagai orang yang beriman dan bimbnag tentang masa depan mereka.

-Di Kedah ada satu NGO yang dikendalikan oleh ahli PAS membuat kerja lapangan yang begitu menakjubkan iaitu LANDAS yang berpusat di Sungai Petani. Kumpulan ini telah bertindak membimbing mereka yang terjebak dengan kehancuran hidup seperti dadah, arak, pelacur. Mereka turun dengan bersemuka dan cuba membimbing mereka untuk kembali ke pangkal jalan.

-Di Selangor, kerajaan Pakatan Rakyat telah mengamanahkan kepada Exco Pas Dr Halimah untuk mengendalikan Program Pembangunan Modal Insan dengan kewujudan SPIES (Spirtual, Physical,Intellectual, Emotional, Social). Semua acuan yang dibuat melalui program belia remaja adalah menjuruskan kepada pembinaan jati diri remaja di negara ini.

-Di Kelantan adanya Unit Belia, untuk mengendalikan program belia seperti bina insan, sukan rekreasi, kursus motivasi

-Program hidup sihat diperkanalkan supaya hidup remaja terisi dengan memperkenalkan program sukan melaui Lajnah Sukan Dan Rekreasi Pemuda. Ini bertujuan untuk membuktikan bahawa dalam Islam juga ada sukan dan PAS bukan anti sukan.

-Kempen jauhi arak telah dibuat, kerana arak adalah ibhu segala maksiat yang boleh menjuruskan kepada perzinaan.

-Untuk mengelak supaya faktor rangsangan seks dapat diatasi, maka pihak Dewan Pemuda PAS pernah berjumpa dengan Kementerian Dalam Negeri dengan membawa contoh majalah lucah yang bercambah di pasaran untuk dijadikan bukti supaya pihak KDN bertindak, malangnya dijawab kalau rakyat kita kuat iman maka tidak menjadi masalah. Pas bimbang majalah seperti ini yang merangsang nafsu seks kepada pembaca. Kalau yang boleh pihak kerajaan kawal pun mereka tidak buat apa-apa, apa tah lagi hendak diharap untuk kawal alam siber.

- Kempen supaya mengalakkan budaya hedonism di lancarkan supaya rakyat terutama remaja dapat mengelak untuk mendekati dengan budaya yang tidak sihat.

-PAS telah melatih anak-anak kecil lagi melalui pendidikan pra sekolah, sejak umur 4 tahun melalui Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Anak-anak kecil diajar supaya memakai pakaian menutup aurat, cintakan akhlak Nabi, doa dan hafalan ayat-ayat lazim. PAS menganggap mereka ialah generasi yang akan mewarnai zaman akan datang.

-Kelantan memperkenalkan kaunter berasingan di pasaraya. Semua ini sebagai langkah menutup pintu perzianaan.

-Kelantan mengadakan setiap tahun sepanjang bulan Rejab kempen bulan solat. Kerana solat adalah kunci untuk tidak mekakukan kemungkaran. Walaupun usaha ini dipandang remeh tetapi mempunyai impak yang besar.

-Beberapa program smart Muslim dan Smart Solat diadakan untuk melahir generasi yang bertaqwa kepada Allah dan mempunyai jati diri yang kental.

-Setiap kali cuti persekolahan panjang, PAS telah mengadakan Kem Pembinaan Iman selama 2 hari semalam. Program yang terbuka kepada semua remaja yang berumur 12 tahun sampai 20 tahun.Pengisian ceramah, bengkel, motivasi pelajar cemeralang, qiamullai, tilawah al-Quran.

-Program Unit Amal dan Nisa’ sebagai satu program alternatif kepada remaja untuk program luaran yang bersifat rekreasi dan bersantai. Sudah tentu ia satu kelainan dengan Rakan Muda dan PLKN.

-Setiap PAS negeri ada program yang tersendiri untuk memastikan remaja belia terbimbing. Contohnya di Kedah ada Kem Bina Shakhsiah. Program yang boleh dijadikan satu alternatif yang menjuruskan kepada pembinaan iman dan taqwa serta kekuatan fizikal.

-Usrah remaja diwujudkan disetiap cawangan PAS, untuk memberi kefahaman Islam kepada remaja. Pengisian ibadat, akhlak dan adab pergaulan ditekan kepada mereka.

Mungkin orang mempertikaikan kenapa gejala tidak bermoral juga berlaku di Kelantan dan negeri yang PAS kuasai. Jawapannya kerana kuasa negeri amat terbatas, banyak peraturan dikuasai oleh kerajaan pusat. Banyak kuasa seperti polis, kastam, imigresen, Badan Pencegah Rasuah di bawah kuasa pusat. Rangkaian TV dibawah kerajaan Umno/BN, sistem pendidikan kebangsaan di bawah Umno, akta cetak yang membenarkan majalah hiburan di bawah Umno. Secara keseluruhannya ini adalah kegagalan Umno dalam menangani isu ini. Malahan Umno menjadikan ini sebagai senjata untuk terus melekakan rakyat supaya rakyat tidak mempedulikan penyelewingan dan kegagalan mereka menguruskan negara. Mereka tahu apabila belia dilekakan, maka mudahlah mereka mendapat sokongan dan undi dalam pilihanraya.

Sekurang-kurangnya PAS dengan berbagai kekangan telah berusaha membendung supaya menutup pintu perzinaan yang berakhir dengan pembuangan bayi. Mungkin banyak lagi kekurangan dalam program yang perlu diperbaiki. Walau bagaimanapun usaha PAS adalah lebih baik daripada apa yang kerajaan umno/bn lakukan sehingga keadaan semakin parah.

Ust. Idris Hj Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Saturday, April 10, 2010

Kurang pendidikan keimanan punca peningkatan gejala sosial - Siti Zailah

SHAH ALAM, 28 Mac - Masalah gejala sosial timbul kerana longgarnya remaja Islam dengan ikatan akidah islamiah. Kelonggaran ini berpunca daripada ketidakfahaman mereka terhadap hakikat Islamiah atau tidak mempunyai kesedaran akan tuntutan tersebut.


Sedih dengan keadaan masyarakat di Malaysia pada masa sekarang merujuk kes pembuangan bayi baru-baru ini, Siti Zailah Mohd Yusof berkata keadaan ini berlaku kerana ketidak sungguhan kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang berakhlak yang bermula dari sistem pendidikan itu sendiri.


Penindasan kerajaan terhadap Sekolah Agama Rakyat (SAR) antara punca gejala sosial dan sindrom ini berlaku terhadap remaja sekarang membuahkan masyarakat yang tidak bermoral, jelasnya. Seharusnya isu seperti ini menjadi isu sejagat dalam menjana pendidikan modal insan.


Mengambil contoh Rasulullah merupakan model terbaik dalam melahirkan generasi manusia, Zailah berkata, baginda berjaya mengubah dan mendidik manusia dari zaman jahiliah kepada generasi yang bertaqwa dan berilmu.

"Berlainan yang berlaku sekarang, tindakan kerajaan menarik peruntukan perkapita bagi sejak Oktober 2002 yang hanya bernilai 8 sen untuk setiap pelajar, mendiskriminasikan pelajar SAR yang mendalami bidang akhlak itu,


"Malah sehingga kini peruntukan tersebut masih tidak diserahkan semula kepada SAR," ujarnya dalam Konvensyen Guru-guru Wanita Islam, pagi tadi.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang itu menjelaskan, tindakan kerajaan itu buktikan bahawa kerajaan memang tidak menitikberatkan dalam melahirkan masyarakat yang berjaya dalam bidang akademik dengan pakej sahsiah dan akhlak yang baik.


Tambahnya, jawapan penting kepada masalah ini ialah pendidikan keimanan. Ia juga adalah aktiviti yang dilakukan oleh murabbi (guru-guru) terhadap anak didiknya dalam menjaga iman mereka, meningkatkan kualiti dan menyempurnakannya.


Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar semua peserta konvensyen agar dapat mendidik berdasarkan ajaran Islam agar matlamat mahu menjadi pencetus transformasi modal insan itu tercapai.

Bersediakah Para Muslimat Pas Memerintah??




Ecxo Pembangnan Wanita Keluarga dan Kebajikan Negeri Kedah, Siti Ashah Ghazali menyarankan muslimat PAS Pulau Pinang menggunakan peluang meningkatkan kemahiran di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu.

"Muslimat kena ke hadapan dalam membantu menonjolkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang kerana ia memberi peluang PAS mempertingkatkan kemahiran di samping membuktikan PAS bersungguh untuk menjadi pemerintah, " jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Muslimat PAS Bayan Baru di Dewan Sungai Ara baru-baru ini.

Lebih malang sekiranya, kesempatan tidak diambil oleh Muslimat PAS untuk menengahkan organisasi PAS serta mempamerkan menefesto PAS itu sendiri bagi tujuan memupuk minat
masyarakat luar mengetahui matlamat perjuangan yang bersandarkan kepada Islam.

"Malang sekali jika muslimat berdiri hanya di belakang tanpa ke hadapan kerana orang ramai ingin melihat PAS seiring dengan kerajaan yang memerindah.

Jika kita asyik mencari kesalahan selama itulah kita kebelakang, " katanya yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah.

Dewan Muslimat juga jelasnya perlu mengadakan pertemuan dan bersama Exco Wanita di Pulau Pinang bagi merancang dan merancakan lagi aktiviti membabitkan kaum Hawa.

Melihatkan perkembangan wanita golongan penentu di kasawan pilihanraya maka Muslimat PAS wajar prihatin terhadap isu yang membabitkan isu wanita dan jangan sekali membiarkan Umno dan BN menguasainya sepertimana dulu.

"Kali ini giliran kita untuk melipat gandakan prihatin. Jangan buat tidak pandang tentang isu yang berlaku sebaliknya kuatkan usaha dan tajamkan pemikiran supaya kita dilatih mengepalai isu khususnya melibatkan isu wanita di Pulau Pinang, " tambahnya.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Bayan Baru, Asnah Hashim memperlawa muslimat muda dilatih sebagai kepimpinan dan tidak lagi mengharapkan golongan veteran muslimat mengerakan jentera terutamanya penerangan.

Ibubapa yang mempunyai anak muda serunya harus menonjolkan puteri-puteri mereka dalam program PAS sebab mereka merupakan aset masa depan PAS di negeri ini.

"Jika ada anak muda di kalangan remaja perempuan marilah kita bentuk mereka untuk menjadi pemimpin masa depan kerana rugi sekiranya kemahiran yang mereka ada dibiarkan begitu sahaja, " katanya