Saturday, April 10, 2010

Bersediakah Para Muslimat Pas Memerintah??




Ecxo Pembangnan Wanita Keluarga dan Kebajikan Negeri Kedah, Siti Ashah Ghazali menyarankan muslimat PAS Pulau Pinang menggunakan peluang meningkatkan kemahiran di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu.

"Muslimat kena ke hadapan dalam membantu menonjolkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang kerana ia memberi peluang PAS mempertingkatkan kemahiran di samping membuktikan PAS bersungguh untuk menjadi pemerintah, " jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Muslimat PAS Bayan Baru di Dewan Sungai Ara baru-baru ini.

Lebih malang sekiranya, kesempatan tidak diambil oleh Muslimat PAS untuk menengahkan organisasi PAS serta mempamerkan menefesto PAS itu sendiri bagi tujuan memupuk minat
masyarakat luar mengetahui matlamat perjuangan yang bersandarkan kepada Islam.

"Malang sekali jika muslimat berdiri hanya di belakang tanpa ke hadapan kerana orang ramai ingin melihat PAS seiring dengan kerajaan yang memerindah.

Jika kita asyik mencari kesalahan selama itulah kita kebelakang, " katanya yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah.

Dewan Muslimat juga jelasnya perlu mengadakan pertemuan dan bersama Exco Wanita di Pulau Pinang bagi merancang dan merancakan lagi aktiviti membabitkan kaum Hawa.

Melihatkan perkembangan wanita golongan penentu di kasawan pilihanraya maka Muslimat PAS wajar prihatin terhadap isu yang membabitkan isu wanita dan jangan sekali membiarkan Umno dan BN menguasainya sepertimana dulu.

"Kali ini giliran kita untuk melipat gandakan prihatin. Jangan buat tidak pandang tentang isu yang berlaku sebaliknya kuatkan usaha dan tajamkan pemikiran supaya kita dilatih mengepalai isu khususnya melibatkan isu wanita di Pulau Pinang, " tambahnya.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Bayan Baru, Asnah Hashim memperlawa muslimat muda dilatih sebagai kepimpinan dan tidak lagi mengharapkan golongan veteran muslimat mengerakan jentera terutamanya penerangan.

Ibubapa yang mempunyai anak muda serunya harus menonjolkan puteri-puteri mereka dalam program PAS sebab mereka merupakan aset masa depan PAS di negeri ini.

"Jika ada anak muda di kalangan remaja perempuan marilah kita bentuk mereka untuk menjadi pemimpin masa depan kerana rugi sekiranya kemahiran yang mereka ada dibiarkan begitu sahaja, " katanya

No comments:

Post a Comment