Wednesday, February 3, 2010

Takziah terhadap pemergiaan Kak Som


DMP Putrajaya Mengucapkan Takziah terhadap pemergiaan Kak Som atau nama sebenarnya Hajah Kalthom Othman, 61 merupakan bekas Ketuan Dewan Muslimat Pas Pusat. Pemergian Allayarhamah Kak Som sangat dirasai kehilangannya kerana sumbangan dan pengorbanannya dalam perjuangan Islam. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan bertakwa di sis Allah. amin-AlFatihah..

Petikan daripada Harakahdaily.net

PASIR PUTEH, 3 Feb: Jenazah bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Hajah Kalthom Othman, 61, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Siam, dekat sini kira-kira jam 2 petang.

Sebelum itu solat ke atas jenazah Kak Som diimamkan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah di Masjid Ibrahimi selepas menunaikan solat Zohor.

Turut kelihatan menunaikan solat jenazah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, anggota-anggota Exco, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan dan wakil-wakil rakyat.

Isteri Presiden PAS, Toh Puan Seri Hajah Zainab Awang Ngah bersama pemimpin Dewan Muslimat PAS Terengganu turut hadir.

Selain itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, anggota jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Setiausaha Agung KeADILan, Saifudin Nasution Ismail juga hadir.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Hajah Siti Zailah Mohd Yusof berkata, kematian Kalthom merupakan kehilangan besar kepada PAS.

“Ketokohannya sukar dicari ganti memandangkan beliau seorang yang tegas dan berani dalam menyatakan kebenaran.

“Walaupun tidak lagi menerajui kepimpinan muslimat negeri, namun beliau masih lagi menjadi rujukan kami. Kami amat terharu,” ujarnya ketika ditemui di tanah perkuburan terbabit.

Abu Bakar menyifatkan ketegasan allahyarhamah sukar ditemui lagi.

“Kita berbangga dengannya dan pemergian allahyarhamah seumpama kehilangan permata yang berharga,” ujarnya.

Anggota Unit Amal Pasir Puteh terpaksa bekerja keras bagi mengawal lalu lintas memandangkan ramai orang datang menziarahinya.





No comments:

Post a Comment